Wednesday, May 13, 2015

Hala Tuju UMNO Di Bawah Pimpinan DS Najib Dan Pasukannya

1- UMNO sudah tidak lagi dipandang releven dan dihormati.

2- UMNO dibawah ds najib dan kuncu-kuncunya dilihat lemah dan tidak berwibawa.

3- Isu demi isu membelenggu ds najib.

4- Segala tohmahan tidak dijawap oleh ds najib.

5- Sesungguhnya rakyat malaysia cina india melayu atau suku kaum disabah dan sarawak sudah tidak percaya lagi kepada kepimpinan ds najib.

6- Ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin majlis tertinggi perlu sedar bahawa UMNO dan juga BN akan menglami kekalahan yang teruk dan memalukan pada PRU-14 sekiranya ds najib masih memimpin tampuk pimpinan.

7- Apabila UMNO kalah PRU-14, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

8- "Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan" -Tun M.

9- Saya selaku ahli UMNO yang sayangkan parti keramat ini ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahankan maruah serta memajukan generasi akan datang.

10- Justeru itu kembalilah kepada perjuangan asal UMNO yang telah diperjuangkan dahulu oleh insan-insan yang hebat lagi bermaruah.

11- Ketepikan kepentingan diri.

12- Berilah tempat kepada golongan-golongan muda yang dahagakan perjuangan bangsa melayu.

13- Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang dah tua.

14- Hanya dengan cara ini sahaja perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan.

15- "Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka" - Tun M.


No comments:

Post a Comment