Friday, April 24, 2015

GST6%142015

Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.

1- Cukai gst 6% yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, telah pun bermula dengan sakitnya ditanggung oleh seluruh rakyat malaysia. Makananan, minuman, pengeluaran duit sendiri di mesin atm juga dikenakan cukai gst 6%. Duit sendiri pulak tu.

2- Dewasa ini ramai sekali rakyat berbilang kaum dengan tidak mengira fahaman politik, menolak dan membantah dengan sekeras-kerasnya cukai gst 6% yang kenakan. pergilah kemana-mana sekali pun, masjid, taman permainan, pejabat, kedai2 kopi, kedai runcit, pejabat pos dan dimana-mana sahaja akan tetap kita dengar keluhan rakyat berkenaan cukai gst 6% ini.

3- Rakyat sangat terbeban dengan cukai yang kerajaan pusat mula perkenalkan pada 1 april 2015 yang lalu. Ada pendapat mengatakan, kajian menyeluruh perlaksanaan gst 6 % tidak dikaji dengan menyeluruh dari perbagai aspek kemasyarakatan dan pendapatan rakyat.

4- Kerajaan pusat perlu membatalkan perlaksanaan cukai gst 6% ini, agar rakyat kembali hidup dengan lebih aman, tenteram, berkualiti dan berkuantiti. Bukan hanya kerajaan sahaja yang perlukan kuantiti, rakyat juga amat2 memerlukan kuantiti dari segi kewangan disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan akan terus-terusan meningkat dimasa-masa mendatang.

5- Pergolakan demi pergolakan, serangan demi serangan, dari mantan kepada pm, sedikit sebanyak menambahkan kebencian rakyat kepada kerajaan pusat. Isu 1mdb, isteri pm, penasihat2 kerajaan, isu wanita mongolia, isu prk, isu penasihat pkr dan yang paling rumit sekali adalah isu kemana hilangnya dana berbilion-billion rm yang lesap begitu sahaja. Ini menambahkan ketidak percayaan rakyat kepada kerajaan pusat.

6- pm selaku orang nombor 1 pentadbir negara, perlu harus menyelesaikan kemelut yang melanda secepat yang mungkin atau seperti ibarat kata-kata mantan, `lepaskan jawatan' adalah jalan terbaik, agar segala kemelut dapat dipulihkan dengan segera.

Sekian,



No comments:

Post a Comment