Pagi tadi aku pergilah temuduga kat satu syarikat di jalan p.ramlee, disebabkan dah nampak macam gelap aje awan tu aku pun gerak la awal sikit jam 7.30, takutlah kalau-kalau hujan turun, tak sempat pulak la nak sampai nanti.
Punyalah mencari bangunan, masuk sana, masuk sini, Akhirnya jumpa juga bangunan tu, pastu cari tempat nak parking Y100 sport aku, punyalah melilau, dah tu jumpa parking, tengok jam awal lagi ni, pergilah lepak minum dulu, teh tarik ngan roti canai kosong, bila dah dekat lagi 1/2 jam nak temuduga, tu la baiknya aku ni, kalau janji memang aku tepati, biar awal jangan lambat.
Bila dah naik bangunan tu, macam biasalah kena isi Borang, ada la sorang minah yang `deal' ngan aku melalui email tu datang, dia soh aku tulis, aku pun dengan semangat wajanya pun tulislah form tu, bila dah siap aku tunggulah, sebab minah tu suruh aku tunggu.
Perghhh, berangin satu badan aku, tunggu punya tunggu jadi penunggu, 2 jam aku tersadai sengsorang kat dalam bilik meeting company tu, yang peliknya sorang pun takde datang nak bagitahu apa-apa, bila aku tanya kat receptionist tempat tu, dia boleh suruh aku tunggu lagi.
Nak tunggu sampai bila cik, macamnilah aku kata kat receptionist tu aku dah tak minat la nak interview kat situ, si receptionist tu boleh kata takpalah, hah takpalah aja, kot la nak intercom HR tanya ke apa ke, macamni punya syarikat pun ada.
Malas nak cerita banyak aku pun blah gitu aja. Dah la aku siap ambil cuti nak ke interview tu. Rugi cuti aku. Haihh, nasib-nasib...
No comments:
Post a Comment