Masa tu belasan tahun, banyak tenaga, setakat berlari 2-3 jam pun boleh, stamina jangan cakap la masa tu, full of energy.
Bila umur dah menjangkau 20an sukan aku lupakan, sibuk dengan kerja, cari duit, kenal dunia, tau itu, tau ini, aku jadi malas nak bersukan. Badan naik kembang, perut yg dulu ada 6pax dah tinggal 1 pax, hahahaha, kawan kawan mula la bagi nama samaran, hahaha.
Usia pun menjangkau 30an, dah kahwin, ada anak, lagi tambah kembang, dah lupa terus bersukan, bila satu ketika tu doktor sahkan berpenyakit, mula risau, baru ingat nak bersukan balik, lain lain dah memang tak larat, kawan kawan pun syorkan `GYMNASIUM'.
Sejak dari itu minat bersenam digymnasium bermula. Kali pertama jejakkan kaki di gym rakyat kg pandan. Dari situ kenal dan belajar ilmu tentang sukan bina badan. Dari situ tahu serba sedikit tentang penjagaan pemakanan, diet, aerobik dan angkat besi.
No comments:
Post a Comment